Tuesday, 7 March 2017

Review Blog sebagai Hadiah

Tuesday, 7 March 2017
Salam and selamat pagi. first of all, iols mohon maaf sebab busy dan asyik tak sempat nak melunaskan apa yang den dah janji hehe. Hadiah berupa Review Blog bagi 2 pemenang sempena segmen GiveAway Elsa. Blog yang nak direview ni ada dua, blog Aisyah dan Sis Hawa. Bukan lah aku ni hebat sangat sampai ada power nak review blog orang, tapi mengikut spek dan step aku akan review jugak! hahaha.

First is blog Sis Hawa

1. Kecepatan Web
laju boleh tahan. hahaha. ni pengamatan secara manual. takde guna mesin atau apps pengesan kelajuan tu. biarlah aku sendiri yang menilai. lebih ikhlas cewah. hahah

2. First Impression Aku
nampak memang cantik, dan bukan blog yang sekadar wujud. aku nampak blog ni sentiasa diupdate, kemas dan dia punya theme pun very neat. header sangat comel dan sesuai.

3. Pemilihan warna, font
warna very soft, aku suka. font pun just nice. orang kata nampak dan mudah dibaca. takde berselirat dan seperti signature sepanjang jalan.

4. Content Blog
sensasi, menggemparkan dan terbaru hahaha. ada satu tajuk tu macam wow sangat, contoh nya "Nuffnang tak pandang aku" hahaha. macam suspen sungguh. pandai betul sis ni bikin tajuk2 yang menarik perhatian. bahasa pun bersahaja dan mudah difahami. hehe

5. 3 hal yang menarik perhatian
Header
Blog Tempahan & Tutorial
Theme Blog

Second blog Sis Aisyah


1. Kecepatan Web
blog sis Aisyah lambat sikit, aku percaya sebab widget2 dan iklan nuffnang tu kot. tapi aku kagum sebab aku boleh nampak tabung aji tu dimana mana. kalau pengunjung tak click tak tahu lah hehe. tapi kan, nampak lah tuan blog ni sebenarnya gigih dan berfikiran jauh. (tafsir sebalik nuffnang) 😂

2. First Impression Aku
whoa... purple! dan terus tahu nama tuan blog ni. pastu nampak tempat sewa iklan. pandai sungguh sis Aisyah ni mencari peluang menjana pendapatan. so amaze! pastu dia pun awal2 dah provide nama emel nya. easy to reach jugak.

3. Widget yang menarik perhatian
Well, tak boleh disorok lagi, nuffnang hahahaha

4. Pemilihan warna, font
soft purple, aku suka. tak menjolok mata. Font pun sangat mesra pembaca. cewah mesra tu. but yeah easy to see and read. cara penulisan pun sangat sesuai mengikut gaya dan kehendak penulis. bila nak italic nya, bila nak bold nye.

5. Content Blog
bahasa ringan dan bersahaja, mudah difahami. penuh tips, luahan perasaan, pendapat, fiksyen dan macam-macam lagi hehe. blog ni memang bagus untuk dibaca tau. hehe.

6. 3 hal yang menarik perhatian
iklan nuffnang
Theme
Ruangan Author hehe


Mohon Maaf dan semoga ditegur sekiranya  review ni mengundang kemarahan para blogger atau tuan blog sendiri. Sekian saja dari saya Amira Puteri Kerajaan Pasir Berdengung hehehe

Saturday, 25 February 2017

Rindu

Saturday, 25 February 2017
semalam meluahkan perasaan pada ibu. seronok. ia tentang sesuatu yang jiwa aku tak mampu tahan. atau sebenarnya apa yang aku takut. tak kisahlah sekarang sebab dah better. Rindu dekat team usrah uitm seremban. lama dah tak duduk sama-sama. lama dah tak dengar kata-kata yang aku biasa dengar dan sekarang aku rindu.

haha.

Wednesday, 22 February 2017

MEWANGI SATU DUNIA

Wednesday, 22 February 2017
hai semua, pernah dengar MEWANGI?


Satu Set Lengkap - RM 216 SM


kepada semua yang masih pening nak guna skincare brand apa, jenis apa, boleh la baca dan tengok2 produk mewangi ni :D hehe. dijamin memuaskan. boleh google Mewangi Satu Dunia, duta produk nya kak Aniza Idris.

Set lengkap ada 4 item
1. Chewing gum soap 50ml
2. Krim 150gram 

3. Scrub 250gram
Harga RM216
Penggunaan untuk 2bulan Insya-Allah


Set Trial pula ada:
1. Chewing gum soap 20ml
2. Krim 30gram 

3. Scrub 30gram
Anggaran utk 2minggu penggunaan sahaja

Set

Mewangi Cream diperbuat dari serbuk mutiara dan 7 bunga sgt baik membantu kita melindungi kulit dari serangan redikal bebas asap2 kenderaan dan rokok serta sinaran matahari ,kulit akan kembali hidup setelah menggunakan Mewangi Cream apatah lagi selepas kita mandi boleh pakai siang dan malam

KRIM PENAIK SERI DIPERBUAT DARI LILIN LEBAH, KULIT KAYU MANIS & BETIK SERTA PATI MAWAR bagus utk memperbaharui sel kulit mati dan kekalkan kolegen pada kulit, kulit akan sentiasa muda remaja. Boleh pergi ke FB Kak Migha dan ig @produkmewangi

Tuesday, 24 January 2017

praktikal ):

Tuesday, 24 January 2017
salam semua. hi. tak sangka praktikal ni macam ni.. bosan dan erm terlalu dewasa.

----OFF RECORD---

baru 2 hari berlalu. syukur praktikal kos ni 2 bulan je. so ada lagi 7 minggu 3 hari. argh. kalau sepanjang semester a.k.a 4 bulan ke.. jenuh aku. memang tak boleh apply firma kecik, pening jadinya. tapi syukur tang orang2 disitu sangat baik dan so sweet. dorang sangat baik lah! belikan breakfast, treat lunch, caring and many more. sangat memahami budak praktikal ini.

despite semua keburukkan2 praktikal ni, aku yakin ada lagi 1000 hikmah dan kebaikkan yang tersorok yang aku tak nampak and maybe berguna in future. semoga aku berjaya melepasi praktikal dengan jaya dan dapat markah terbaik untuk PRACTICAL TRAINING amin. hmm to supervisor, please, give me full marks. kbai. mmuah
Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2016