Tuesday, 7 March 2017

Review Blog sebagai Hadiah

Tuesday, 7 March 2017
Salam and selamat pagi. first of all, iols mohon maaf sebab busy dan asyik tak sempat nak melunaskan apa yang den dah janji hehe. Hadiah berupa Review Blog bagi 2 pemenang sempena segmen GiveAway Elsa. Blog yang nak direview ni ada dua, blog Aisyah dan Sis Hawa. Bukan lah aku ni hebat sangat sampai ada power nak review blog orang, tapi mengikut spek dan step aku akan review jugak! hahaha.

First is blog Sis Hawa

1. Kecepatan Web
laju boleh tahan. hahaha. ni pengamatan secara manual. takde guna mesin atau apps pengesan kelajuan tu. biarlah aku sendiri yang menilai. lebih ikhlas cewah. hahah

2. First Impression Aku
nampak memang cantik, dan bukan blog yang sekadar wujud. aku nampak blog ni sentiasa diupdate, kemas dan dia punya theme pun very neat. header sangat comel dan sesuai.

3. Pemilihan warna, font
warna very soft, aku suka. font pun just nice. orang kata nampak dan mudah dibaca. takde berselirat dan seperti signature sepanjang jalan.

4. Content Blog
sensasi, menggemparkan dan terbaru hahaha. ada satu tajuk tu macam wow sangat, contoh nya "Nuffnang tak pandang aku" hahaha. macam suspen sungguh. pandai betul sis ni bikin tajuk2 yang menarik perhatian. bahasa pun bersahaja dan mudah difahami. hehe

5. 3 hal yang menarik perhatian
Header
Blog Tempahan & Tutorial
Theme Blog

Second blog Sis Aisyah


1. Kecepatan Web
blog sis Aisyah lambat sikit, aku percaya sebab widget2 dan iklan nuffnang tu kot. tapi aku kagum sebab aku boleh nampak tabung aji tu dimana mana. kalau pengunjung tak click tak tahu lah hehe. tapi kan, nampak lah tuan blog ni sebenarnya gigih dan berfikiran jauh. (tafsir sebalik nuffnang) 😂

2. First Impression Aku
whoa... purple! dan terus tahu nama tuan blog ni. pastu nampak tempat sewa iklan. pandai sungguh sis Aisyah ni mencari peluang menjana pendapatan. so amaze! pastu dia pun awal2 dah provide nama emel nya. easy to reach jugak.

3. Widget yang menarik perhatian
Well, tak boleh disorok lagi, nuffnang hahahaha

4. Pemilihan warna, font
soft purple, aku suka. tak menjolok mata. Font pun sangat mesra pembaca. cewah mesra tu. but yeah easy to see and read. cara penulisan pun sangat sesuai mengikut gaya dan kehendak penulis. bila nak italic nya, bila nak bold nye.

5. Content Blog
bahasa ringan dan bersahaja, mudah difahami. penuh tips, luahan perasaan, pendapat, fiksyen dan macam-macam lagi hehe. blog ni memang bagus untuk dibaca tau. hehe.

6. 3 hal yang menarik perhatian
iklan nuffnang
Theme
Ruangan Author hehe


Mohon Maaf dan semoga ditegur sekiranya  review ni mengundang kemarahan para blogger atau tuan blog sendiri. Sekian saja dari saya Amira Puteri Kerajaan Pasir Berdengung hehehe
Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2016